Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 16 Disember 2011

KELEBIHAN SURAH ALAM NASYRAH

Kelebihan Surah Alam Nasyrah.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda :" Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya,serta akan di jauhkan daripada kesempitan hidup.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Terjemahan surah Alam Nasyrah:
  1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
  2. Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (mensyiarkan Islam).
  3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
  4. Dan kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat nabi dan berbagai kemuliaan)?
  5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
  6. (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
  7. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
  8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). 

6 ulasan:

ummiross berkata...

Allahuakbar,Rozila, ummi suka baca surah ni, rupanya banyak kelebihannya.

ROZILA berkata...

Salam ummiross,

Semuga kita sama-sama
mengamalkannya....

ROZILA berkata...

Salam ummiross,

Semuga kita sama-sama
mengamalkannya....

Bang Hassan berkata...

Salam Sejahtera ...
Blog yang menarik ~~~

ROZILA berkata...

Salam Hassan,

Terima kasih,sudi ziarah
di sini...

atuk berkata...

Assalamualaikum Rozila

terima kasih sudi ziarah PHD

Wassalam