Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 23 Disember 2011

NIAT BAIK DAN IKHLAS

      Adapun niat baik dan ikhlas kepada Allah Ta'ala itu merupakan sebesar-besar perkara yang menyelamatkan manusia, dan sepenting-pentingnya.

Sabda Rasulullah s.a.w:
                   " Niat seorang Mu'min lebih baik dari amalannya".

Sebabnya ialah kerana niat itu adalah amalan hati, sedang hati pula adalah anggota yang paling mulia di tubuh manusia. Lantaran itulah maka amalan hati itu lebih baik dari amalan anggota. Sebab yang lain ialah, niat saja di dalam hati sudah menghasilkan manfaat, manakala perbuatan anggota tanpa niat tidak mendatangkan manfaat apa-apa pun.

Di dalam sebuah hadis:
                    " Barangsiapa yang bercita-cita untuk membuat sesuatu kebajikan, tetapi terhalang untuk melaksanakan, maka Allah akan mencatitkan baginya suatu kebajikan yang sempurna".

      Hendaklah anda sentiasa menyimpan niat baik di hati, serta ikhlaskan niat itu kepada Allah s.w.t. Jangan membuat sesuatu ketaatan, melainkan anda sertakan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t serta untuk patuh kepadaNya dan memperoleh keredhaanNya. Kemudian mengharapkan pula pahala di akhirat, sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah sebagai balasan dan kurnia darinya. Apabila anda mengerjakan sesuatu perkara yang mubah (harus), sekalipun seperti makan minum dan tidur, maka hendaklah anda sertakan niat untuk memelihara tenaga supaya kuat beramal ibadat kepada Allah s.w.t.,mengukuhkan taqwa dan ketaatan kepadaNya. dengan  diiringi niat serupa itu, anda boleh mencantumkan amal mubah dengan amal taat (wajib), maka anda akan memperoleh pahalanya pula, kerana perbuatan anda telah di ikat dengan hukum niat. Orang yang melalaikan untuk memperbaiki niatnya sentiasa hidup di dalam kerugian.

      Oleh itu, hendaklah anda menyimpan niat-niat yang baik dan soleh terhadap semua amalan anda, sama ada yang wajib mahupun yang mubah, niscaya anda akan memperoleh bagi setiap amalan itu pahala yang penuh dari kurnia Allah Ta'ala. Jika anda merasa tiada berkuasa atau tidak mampu membuat sesuatu ketaatan atau kebaktian, maka hendaklah anda meniatkan untuk mengamalkannya di dalam hati, dan anda terus bercita-cita untuk melaksanakan niat itu apabila berkuasa dan mampu kelak. Hal itu hendaklah di amalkan dengan maksud yang sebenar, keazaman yang kuat serta niat yang lurus. Umpamanya anda berkata di hati: Jika aku berdaya, InsyaAllah aku akan melaksanakannya. Dengan itu saja anda akan mendapat pahala sepadan dengan pahala orang yang melakukannya.   

4 ulasan:

ummiross berkata...

Indahnya Islam kan, baru niat dah diberi ganjarannya, Alhamdulillah.

ROZILA berkata...

Salam ummiross,

Semuga kita sentiasa
berniat baik....

atuk berkata...

Assalamualaikum Rozila

sayang Allah kpd umatnya
membuat perkara yg mudah

Wassalam

ROZILA berkata...

Wa'alaikumusalam Tn.Hj,

Itulah kasih sayang Allah...
pada hambanya.